Pengumuman! 1 Mac 2012

Permohonan seperti biasa menggunakan Kew.PS-10 diteruskan sementara menunggu penggunaan sistem pengurusan stor (SPS) dilaksanakan sepenuhnya di Ibu Pejabat. Senarai terbaharu stok-stok & toner/cartridge telah dipaparkan di blog ini, sila lihat paparan tersebut. Ketetapan seksyen-seksyen terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah kerja-kerja fizikal dilaksanakan di Stor Utama. Dan setelah semuanya selesai, katalog akan dikeluarkan untuk panduan saudara/saudari.