Pemberitahuan! 4 April 2012

A'kum,

Katalog Perihal Stok terbaharu telah disediakan oleh Pegawai Stor Utama, Ibu Pej.
Sukacita dimaklumkan bahawa semua Pegawai Stor Unit boleh bertemu
saya di bilik cetak untuk memuat-turun katalog tersebut, sila bawa bersama pendrive
masing-masing. Katalog tersebut dikemaskini sehingga 31 Disember 2011 lalu.
Ini adalah disebabkan saya telah cuba menghantar melalui emel katalog tersebut,
namun tidak berjaya. Kesulitan amat dikesali.
Pengumuman! 1 Mac 2012

Permohonan seperti biasa menggunakan Kew.PS-10 diteruskan sementara menunggu penggunaan sistem pengurusan stor (SPS) dilaksanakan sepenuhnya di Ibu Pejabat. Senarai terbaharu stok-stok & toner/cartridge telah dipaparkan di blog ini, sila lihat paparan tersebut. Ketetapan seksyen-seksyen terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah kerja-kerja fizikal dilaksanakan di Stor Utama. Dan setelah semuanya selesai, katalog akan dikeluarkan untuk panduan saudara/saudari.
Terkini! 9 Feb 2012

Perkara : Lawatan Mesra

Untuk permulaan, lawatan akan dilakukan ke beberapa Stor Unit terpilih.
Ini bukan lawatan audit, cuma lawatan daripada Pegawai-Pegawai Unit
Pengurusan Aset & Pegawai Stor Utama untuk melihat perjalanan Stor-Stor
Unit dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan akhir.
Cadangan, penambahbaikan, permasalahan bolehlah dikemukakan semasa
lawatan nanti.

Sukacita sekiranya ada mana-mana Stor Unit yang menawarkan ingin dilawati, sila maklumkan kepada Pegawai Stor Utama.

Sekian, terima kasih.
Update! 17 Januari 2012

Ketetapan dalam mesyuarat JKPAK Bil.1/2012 semalam, apa jua barang yang dibeli sendiri oleh bahagian/cawangan masing-masing hendaklah membuka Kew.PS-1 (Borang Terimaan Barang-Barang). Pegawai Stor Unit di bahagian/cawangan hendaklah menurunkan tandatangan di Pegawai Penerima & disahkan oleh penulis sendiri, Pegawai Stor Utama Ibu Pejabat.
Penting! 22 Nov. 2011

Makluman, Stor Utama ditutup sepanjang minggu ini untuk memberi laluan kepada Pegawai Pemeriksa & Pegawai Pemverifikasi menjalankan tugas mereka. Penyelarasan stok juga akan dilakukan selepas itu. Harap semua Pegawai Stor Unit memberi kerjasama.
Penting! 19 Oktober 2011

Kuantiti Kertas A4 amat-amat terhad waktu ini. Tiada lagi permohonan untuk stok ini buat masa ini, sila berjimat-cermat
Terkini! 18 Oktober 2011

Ketetapan pada Mesy. J/K Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Ibu Pej. JKDM Bil.3/2011 yang berlangsung semalam-17 Okt. 2011 memberitahu bahawa stor-stor unit boleh membuat pembelian terus sendiri, dengan syarat membuka Kew.PS-1 untuk di dibuat penerimaan & pengesahan